Persidangan SEANET Ke-40, 23-27 Nov 2012

Konvensyen Jaringan Radio Amatur Asia Tenggara (SEANET) Ke-40

    • Persidangan SEANET Ke-40, 23-27 Nov 2012
      by UTUSAN ONLINE November 23 at 11:25 AM
      • SEANET Ke-40: Peminat radio amatur diminta daftar awal
        Artikel Penuh: www.utusan.com.my
        © Utusan Melayu (M) Bhd
        by MOHD. HAZLI HASSAN edited by UTUSAN ONLINE November 23 at 11:25 AM
        • Laman web rasmi SEANET 2012 > 2012sea.net
          Akaun rasmi FB SEANET 2012 > www.facebook.com
          by UTUSAN ONLINE November 23 at 11:26 AM
          • Atur cara Persidangan SEANET 2012 yang bermula hari ini
            by UTUSAN ONLINE November 23 at 12:25 PM
            • Atur cara seminar dalam Persidangan SEANET 2012 pada 24 Nov 2012
              by UTUSAN ONLINE November 23 at 12:28 PM
              • Asalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, saya akan membawakan kepada anda laporan langsung Persidangan SEANET KE-40 yang kini sedang berlangsung di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur
                by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 2:36 PM
                • Ketika ini, para perwakilan dari negara masing-masing sedang melakukan pendaftaran.
                  by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 2:37 PM
                  • Para perwakilan radio amatur tempatan sedang mendaftar kehadiran
                    by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 2:38 PM
                    • Bunting ucapan selamat datang di meja pendafaran
                      by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 2:39 PM
                      • Krew teknikal memasang antena yagi sempena persidangan SEANET KE-40
                        by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 2:51 PM
                        • Seorang perwakilan luar negara sedang melakukan panggilan CQ ke Jepun menggunakan radio amatur frekuesi tinggi di bilik radio SEANET ke-40 di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur
                          by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 3:10 PM
                          • Krew teknikal SEANET KE-40 membetulkan perkakas radio amatur lama yang turut dipamerkan sempena SEANET KE-40
                            by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 3:12 PM
                            • Perwakilan daripada Amerika Syarikat, New Zealand dan Thailand beramah mesra dengan peserta SEANET Ke-40 tempatan
                              by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 3:16 PM
                              • Menurut sekretariat SEANET KE-40, para peminat radio amatur tempatan yang masih ingin menyertai persidangan ini boleh pendaftaran di Hotel Dynasty dengan membuat pembayaran sebanyak RM500. Ini termasuk seminar dan juga jamuan gala esok.,
                                by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 3:22 PM
                                • Para peserta yang mendaftar lewat masih mendaftar untuk menyertai persidangan SEANET KE-40
                                  by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 3:24 PM
                                  • Sedikit mengenai Jaringan Radio Amatur Asia Tenggara (SEANET). SEANET telah diwujudkan pada tahun 1964 untuk mempromosikan hobi di kalangan peminat radio amatur untuk melakukan kerja-kerja kecemasan, perubatan dan penyelesaian trafik. Menariknya, perhubungan ini hanya berlangusng di udara di jalur 20 meter melalui frekuensi 14.320MHz. Perhubungan di udara ini berlangsung setiap hari telah merapatkan hubungan antara peminat radio amatur di seluruh dunia terutama di rantau ini.
                                    by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 3:35 PM
                                    • Pernah satu ketika di mana persidangan di udara ini sedang dilakukan, seorang ibu di Sri Lanka yang anaknya sedang sakit dan memerlukan ubat yang khas dan sukar diperoleh. Peminat radio amatur itu cuba mencari ubat berkenaan melalui perhubungan radio amatur melalui rakan-rakan di rantau ini termasuk di Australia dan Singapura.
                                      by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 3:48 PM
                                      • Kemudian, salah seorang daripada mereka menghubungi rakan mereka di Amerika Syarikat dan berjaya memperoleh ubat berkenaan. Ubat itu seterusnya diterbangkan dari California dan berjaya menyelamatkan anaknya berkenaan.
                                        by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 3:51 PM
                                        • Satu lagi cerita menarik mengenai kebaikan SEANET ialah di mana seorang suami yang berada di dalam hutan berjauhan ribuan kilometer dari isterinya yang akan bersalin di Singapura. Suaminya menggunakan persidangan udara SEANET untuk mengetahui perkembangan isterinya di Singapura yang dimaklumkan oleh rakan radio amaturnya.
                                          by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 3:59 PM
                                          • Apa yang ingin diperkatakan ialah perkhidmatan radio amatur ini mampu melangkaui perkhidmatan selular atau telefon mudah alih dalam apa juga keadaan.
                                            by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 4:01 PM
                                            • Persidangan SEANET di darat buat pertama kalinya diadakan di Hotel Ambassador, Pulau Pinang pada 30 dan 31 Disember 1971.
                                              by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 4:10 PM
                                              • Majlis perasmian SEANET KE-40 akan disempurnakan oleh wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia esok. Seminar dan bengkel SEANET juga akan turut diadakan esok dengan beberapa pembentang kertas kerja akan membentangkan beberapa tajuk menarik mengenai radio amatur.
                                                by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 4:16 PM
                                                • Antara kertas kerja menarik yang akan dibentangkan ialah pengenalan kepada AMSAT dan satelit radio amatur oleh wakil dari New Zealand, radio amatur untuk kanak-kanak dan komunikasi radio amatur kecemasan oleh wakil dari Thailand. Semua ini akan berlangsung esok selepas majlis perasmian.
                                                  by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 4:22 PM
                                                  • Ahad, para peserta dan perwakilan akan dibawa melawat KLCC, Kompleks Kraf, Muzium Islam dan Istana Negara lama.
                                                    by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 4:27 PM
                                                    • Para peserta SEANET Ke-40 akan dibawa melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan di Serdang serta melawat Putrajaya sebelum majlis penutup yang akan diadakan Selasa ini.
                                                      by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 4:31 PM
                                                      • Peserta menggunakan kaedah kod morse ketika membuat panggilan menggunakan radio amatur frekuensi tinggi
                                                        by MOHD. HAZLI HASSAN November 23 at 6:21 PM
                                                        • Champ dengan nama panggilan 9M2/E21EI dari Thailand memberikan cenderamata kepada orang lama radio amatur Malaysia, Rashid Sultan (kanan), 9M2RS sempena SEANET Ke-40
                                                          by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile edited by UTUSAN ONLINE November 23 at 7:00 PM
                                                          • Jamuan makan malam menyambut pewakilan SEANET 2012 ini
                                                            by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile edited by UTUSAN ONLINE November 23 at 7:27 PM
                                                            • Para perwakilan dari pelbagai negara menyertai SEANET Ke-40
                                                              by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile edited by UTUSAN ONLINE November 23 at 7:30 PM
                                                              • Perwakilan SEANET Ke-40 menunggu hidangan makan malam
                                                                by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile edited by UTUSAN ONLINE November 23 at 7:32 PM
                                                                • Perwakilan beramah mesra sementara menunggu hidangan disediakan
                                                                  by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 7:36 PM
                                                                  • Perwakilan SEANET Ke-40 mengambil makanan sempena jamuan selamat datang SEANET Ke-40
                                                                    by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile edited by UTUSAN ONLINE November 23 at 7:48 PM
                                                                    • by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 7:49 PM
                                                                      • by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 7:49 PM
                                                                        • Sekian sahaja laporan saya sempena SEANET KE-40 yang diadakan di Hotel Dynasty Kuala Lumpur. Saya akan kembali lagi esok untuk laporan langsung majlis pelancaran dan seminar yang akan diadakan. Terima kasih, asalamualaikum dan salam sejahtera
                                                                          by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 23 at 9:10 PM
                                                                          • Peminat radio amatur masih boleh mendaftar untuk SEANET Ke-40
                                                                            Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

                                                                            KUALA LUMPUR 23 Nov. – Peminat radio amatur tempatan yang mahu menghadiri seminar, bengkel serta jamuan makan malam gala Persidangan Jaringan Radio Amatur Asia Tenggara Ke-40 (SEANET Ke-40) masih boleh mendaftar untuk tujuan itu.
                                                                            Pengarah Projek SEANET Ke-40, Sharizad Husin berkata, walaupun mereka tidak melakukan tempahan awal, mereka yang berminat masih boleh menyertai persidangan itu yang bermula esok.
                                                                            “Mereka boleh hadir terus ke lokasi persidangan di Hotel Dynasty, Jalan Ipoh untuk mendaftar dan membuat pembayaran sebanyak RM500.
                                                                            “Ini termasuk bayaran menghadiri seminar dan bengkel sepanjang persidangan berlangsung.
                                                                            “Malah jika mereka hanya ingin menyertai sama ada seminar atau makan malam gala juga boleh dilakukan dengan bayaran berlainan,” katanya.
                                                                            Menurut Sharizad lagi, sehingga hari ini, seramai 50 peserta bersama pasangan masing-masing sudah melakukan pendaftaran dan pihaknya menjangkakan baki 50 peserta lagi akan hadir malam ini.
                                                                            Pelancaran Persidangan SEANET Ke-40 ini akan diadakan esok dan diikuti dengan seminar dan bengkel yang akan dibentangkan oleh pengamal radio amatur dari New Zealand, United Kingdom, Thailand, Indonesia dan Malaysia.
                                                                            Mereka yang berminat boleh menghubungi 017-7338676 atau melayari laman web www.2012sea.net untuk maklumat lanjut. – UTUSAN

                                                                            by UTUSAN ONLINE November 24 at 12:01 AM
                                                                            • Asalamualaikum dan salam sejahtera. Anda bersama saya lagi hari ini untuk hari kedua Persidangan SEANET Ke-40 di Hotel Dynasty Kuala Lumpur
                                                                              by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile edited by UTUSAN ONLINE November 24 at 9:10 AM
                                                                              • Hari ini akan diadakan majlis pelancaran rasmi SEANET KE-40. Ketika ini, para perwakilan baru sahaja selesai sarapan pagi
                                                                                by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 24 at 9:13 AM
                                                                                • Emcee membacakan program untuk hari ini
                                                                                  by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 24 at 9:16 AM
                                                                                  • Majlis hari ini dimulakan dengan pembentangan kertas kerja mengenai AMSAT, pengenalan kepada satelit radio amatur oleh Presiden AMSAT-New Zealand, Terry Carrel
                                                                                    by MOHD. HAZLI HASSAN November 24 at 9:20 AM
                                                                                    • Terry Carrel membentangkan kertas kerja
                                                                                      by MOHD. HAZLI HASSAN via mobile November 24 at 9:21 AM
                                                                                      • Terry: Idea untuk menggunakan satelit ialah ia lebih mudah dan senang untuk digunakan walaupun pada jalkur 10m Sistem radio amatur seklarang mereka menggunakan antena automatik untuk mencari lokasdi satelit yang dinginkan
                                                                                        by MOHD. HAZLI HASSAN November 24 at 9:29 AM
                                                                                        • Terry: Pada tahun 1959m satelit radio amatur dilancarkan oleh OSCAR (Orbiting Satellite Carrying Amateur Radio) untuk membolehkan peminat radio amatur menggunakan sistem satelit
                                                                                          by MOHD. HAZLI HASSAN November 24 at 9:31 AM
                                                                                          • Terry: Pada tahun 2000, New Zealand merasakan sudah sampai masanya mereka membina sendiri sistem satelit mereka KiwiSAT