“PENGURUSAN BENCANA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”  Kerajaan juga mengalu-alukan penglibatan sektor-sektor swasta dan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dalam pengurusan bencana negara terutamanya dalam membantu dari segi kesedaran awam, bantuan semasa tindak balas bencana serta sumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Sebagai contohnya, terdapat NGO yang memberikan kesedaran dan kemahiran kepada pelajar dan masyarakat dalam mengenal pasti risiko di persekitaran dan cara-cara bertindak semasa kecemasan. Semasa tindak balasbencana, persatuan radio amateur misalnya memberikan perkhidmatan komunikasi radio daripada pusat-pusat pemindahan ke bilik gerakan banjir di daerah-daerah yang dilanda banjir. Terdapat juga di kalangan sektor swasta dan NGO yang menyumbang barangan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan agensi yang terlibat dalam menerima sumbangan-sumbangan ini bagi membolehkan pengagihan dibuat dengan sama rata.  Y. BHG. DATUK MOHAMED THAJUDEEN BIN ABDUL WAHAB SETIAUSAHA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI  Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri Disember 2009
“PENGURUSAN BENCANA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Kerajaan juga mengalu-alukan penglibatan sektor-sektor swasta dan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dalam pengurusan 

bencana negara terutamanya dalam membantu dari segi kesedaran awam, bantuan semasa tindak balas bencana serta sumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Sebagai contohnya, terdapat NGO yang memberikan kesedaran dan kemahiran kepada pelajar dan masyarakat dalam mengenal pasti risiko di persekitaran dan cara-cara bertindak semasa kecemasan. Semasa tindak balasbencana, persatuan radio amateur misalnya memberikan perkhidmatan komunikasi radio daripada pusat-pusat pemindahan ke bilik gerakan banjir di daerah-daerah yang dilanda banjir. Terdapat juga di kalangan sektor swasta dan NGO yang menyumbang barangan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan agensi yang terlibat dalam menerima sumbangan-sumbangan ini bagi membolehkan pengagihan dibuat dengan sama rata.

Y. BHG. DATUK MOHAMED THAJUDEEN BIN ABDUL WAHAB
SETIAUSAHA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri
Disember 2009