Info dari Fahroe Ibrahim 9W2BBS

MARES telah menerima jemputan untuk menjadi penyedia bantuan komunikasi Jamboree MTB Kuntau, anjuran Kelab Kayuhan Kuntau, Bandar Tasik Kesuma yang akan diadakan pada Ahad, 17 Jun 2012, bermula jam 7 pagi bertempat di Beranang Selangor. 

Acara ini akan disertai oleh lebih 1300 peserta, melibatkan kayuhan basikal sejauh 45km mengelilingi Bandar Tasik Kesuma dan kawasan sekitarnya (ladang kelapa sawit, kampung, kawasan perumahan)

MARES diminta membantu dalam menyediakan bantuan komunikasi untuk penganjur. Oleh yang sedemikian, saya ingin mendapatkan sukarelawan seperti berikut:-

a. 5 unit kenderaan 4×4 beserta mobile rigs VHF dan antenna lengkap (Radio Vehicle – RV)
b. 10 orang peserta untuk marshal komunikasi. (Comcen)

Untuk permulaan, satu ujian komunikasi akan diadakan pada Ahad 10 Jun 2012 jam 10 pagi. Seramai 3-5 orang diperlukan untuk ujian komunikasi ini.

Mana-mana ahli yang ingin turut serta didalam acara ini, sila hubungi saya di 9w2bbs@mares.org.my / 012-2353769 dengan kadar SEGERA. Sila sertakan maklumat dibawah untuk urusan pentadbiran:-

——————– Slip Jawapan Sukarelawan ——————-

Nama:
CallSign:
Email:
No Telefon:
Akan menjadi sukarelawan untuk tarikh: Ahad 10 Jun 2012 / Ahad 17 Jun 2012 (pilih yang bersesuaian)

——————– Slip Jawapan Sukarelawan ——————-

Sukarelawan pada hari acara akan diberikan goodie bag acara dan makanan. Sukarelawan bersama kenderaan 4×4 akan disediakan sedikit imbuhan minyak kenderaan.